melaka,melaka dan melaka
semalam seharian aku kat melaka..best?mestilah best..tambah2 lg pergi dgn kawan2..tersengih sampai ke telinga..kitor,37 org + 2 lecturer + 2 pemandu bas = 41 org serbu kota bersejarah beramai2...sblm kitorg bertolak,Syawal(y handle trip ni) dah bgtau serba sedikit aktiviti kitorg kt melaka nt...
pg tu,aku dgn si nyah bkn main kalut sbb sblm tu,kitorg turun pegi tgk bola..pukul4..ngantuk doh!!aku turun dalam kul 7.20 pg..
nasib baik xde y melenting..biasalah janji melayu kan??heee
enjin bas pun xpanas lagi...bila aku sampai,mulalah sesi pergambaran..biasalah,kami semua gila lensa..kan?kan?..
perut aku masa tu,lapar tahap gaban...tambah lagi,aku risau takut muntah..malu seyh..nasib baik perjalanan ke melaka ni bkn mcm balik kelantan,kalau tak ada yang boleh tgk aku muntah nt..ish..malu malu~~kami bertolak dlm kul8.30...respect jgk ajk2 kelas aku sbb diorg bg roti dgn air..mcm tau2 je aku tgh kebulur masa tu..terima kasih!!
bila bas dah bergerak,kembang lah jgk lubang hidung sbb bleh naik bas uitm kan?ni kali kedua aku naik..sblm ni y pegi ke puncak alam..masa tu mlm,xde org nampak..y ni siang hari,bangga seyh..
teringat masa sekolah dulu,bila tgk je bas universiti lalu dpn sekolah,bermonolog aku lam hati..."bilalah aku boleh naik bas mcm ni?"..
dan, semalam & utk y akan dtg..aku akn sentiasa kembang lubang hidung bla dpt naik bas uitm..mestilah bangga..
sepanjang perjalanan kitorg, aku tido je..ngantuk teramat..
bila smpai kt R&R,aku turun kencing..aircond lam bas tu boleh membunuh doh..sejuk tahap freezer..
dipendekkan cerita,pukul 11.30 kami sampai ke bandaraya melaka..
kami turun,ikut je en saiful & en jeff jalan..tempat pertama kami tuju adalah ke Memorial Pengisytiharan Merdeka..dalam tempat ni,kami dpt lihat kronologi ke arah kemerdekaan..masuk2 je kami disambut oleh pegawai tempat itu..dan kami diberi ucapan lam dewan berkenaan memorial ni..aku tido je masa tu..kurang ajar kan??xlah!!mana bleh tdo..FOKUS FOKUS!!
lepas kitorg jelajah 1 memorial tu, kitorg keluar...kitorg bebas nk g mana je..so,kitorg decide p mkn dulu..perut dah bunyi mcm2 lagu..kitorg mkn kt mahkota parade..lps tu,kitorg berpecah..aku dgn nyah jln2 kt area dataran pahlawan..lps tu,pergi muzium..semua ada lam muzium...muzium tu,namanya muzium kesultanan melaka..tiket masuk ke muzium...rm 2 utk dewasa
kitorg masuk dan tgk istiadat raja,hiburan raja,kostum2 raja..ect
dan tak ketinggalan kami mestilah amek gambar...
lepas tu,kitorg pergi ke a famosa..
aku xnaik atas pun..penat..
aku dgn nyah duduk ats kerusi betul2 dpn a famosa..try to find something on those old building..sepanjang aku kt situ,pelancong asing xputus2 masuk ke dlm a famosa..
mesti diorg bngga bila bangunan tu dibina oleh kaum kerabat mereka..
aku terfikir sejenak,dr dulu,kini & mungkin selamanya kita akn terus dijajah..kalau dulu, mereka menjajah kita & tinggalkan a famosa..kini?mereka jajah kita dgn media & teknologi..
mereka jual filem,lagu,fesyen...xpyh bg contoh jauh..aku ni pun sama dah dijajah oleh mereka..dgr lagu omputih,tgk filem omputih,nasib baik tak bercakap dlm english je..bg aku,penjajahan y diorg buat ada kebaikan,keburukan tersendiri..aku xpndai nk berfalsafah..kalau salah ckp,kna saman,kna booo..jd mcm mna remaja nk luahkan apa y mereka rasa kan??dah dah dah!!bnyk berckp nt,nt mulalah melalut ke lain...
lps tu,kami bergerak utk pergi mkn mlm...kt Umbai..
mkn ikan bakar..ramai2 mkn ikan bakar ni,best..
lg best kalau bt bbq...tp kitorg xplanning semua tu..tp xpe..ini pun dah memadai..kami mula bertolak pulang lam kul9...dan dalam bas,bila dah kenyang semua tido..lena kott..smpai ke puncak perdana tepat2 kul11.30 mlm..aku xrasa pening pun..nasib baik..balik je rmh,edit,upload gmbr..mandi & tido smpai kul 12 tgh hari..gilo!!tp xpe..dimaafkan..
alamak!!!jumaat mlm ada test pn nik!!dislike dislike...
0 comments:
Post a Comment